Ahad, 15 Julai 2012

Pada hari kedua (3 Jun 2012), kami bertiga menapak menuju ke stesen keretapi. Untuk menggunakan  subway (keretapi bawah tanah), kami perlu membeli tiket yang dipanggil T-Money. Ingatkan mudah nak beli T-Money ni...rupanya disebabkan oleh pertembungan bahasa ayam dengan itik..maka terjadilah babak yang melucukan. Apa tidaknya, member saya ni, Juliana speaking ngan ahjussi tokey kedai tu yang kami nak beli T-Money. Ok..yang tu ahjussi tu faham dan kami pun faham jugak. Yang musykilnya, kami bayar 10 ribu won, tapi ahjussi tu pulangkan baki. So kami bagitau la yang kami nak beli tiket tu ngan harga 10 ribu won..kiranya tak payah la pulangkan baki. Tapi ahjussi tu pulangkan jugak pastu cakap bahasa korea ngan kami sambil mintak lagi 10 ribu won...huhuhuhu...punyalah mahal harga T-Money tu. Dalam dok tercengang2 tu...adalah sorang pemuda yang baik hati menerangkan apa yang ahjussi tu cakap. OOooooo rupa2nya..mula2 kena bayar harga kad T-Money tu, pastu barulah top up sebanyak 10 ribu won..hahahaha. Patutlah ahjussi tu pulangkan baki dan mintak lagi 10 ribu won. Aduh...kami bantai gelak kat dalam kedai tu. Mujur la ada pakwe tu. Patutlah budak lelaki tu terer, sebabnya dia tinggal selama 1 bulan di korea dan bercadang melawat seberapa banyak tempat di korea.

Bila dah dapat T-Money tu, kami simpan dulu sebab nak berjalan kaki ke Ewha Womens University. Kat area tu ada banyak kedai yang jual macam2. yang paling banyak ialah stoking..ada macam2 kaler. Rasa macam pelik la pulak, sebab kalau kat Malaysia, banyak jual mainan kat gerai2 tepi jalan.  Saya cuma beli selipar..itupun sebab kaki dah mula sakit, tapi bagi saya harga selipar kat korea mahallah. If kat tempat kita boleh dapat RM5, tapi kat sana saya bayar hampir RM10. Apakan daya saya..demi kaki yang nak menapak banyak tempat lagi, terpaksalah saya beli jugak. Nak tunjuk gambar selipar dalam blog ni pun rasa segan aje...huduh..kaler coklat pekat.

Gambar di atas ni ialah buah yang tidak kami ketahui namanya. Rasanya amacam isi buah markisar @ buah susu. Ahjussi yang jual buah ni, mulanya ok..pastu disebabkan  bahasa ayam lawan ngan bahasa itik, maka dia marah kami. Sebenarnya kami tanya macam mana nak makan buah ni...boleh dimakan terus atau kena belah dan makan isinya. Tapi dia ingatkan yang kami nak rasa dan suruh dia belahkan untuk kami. Apa lagiiii marahlah ahjussi tu, kami pun tak tunggu lama..terus chowww. Sepanjang jalan kami asyik gelak aje..geli hati sangat. Buah ni akhirnya dapat juga kami makan, tapi kami beli di tempat lain...murah daripada ahjussi ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan