Jumaat, 24 Mei 2013

novel laagiii

Hemmm..as salam sebagai pembuka bicara. Lama dah conteng2 blog sendiri. Baru2 ni al kisahnya, membetaada beri pinjam buku citer a.k.a nove...tajuknya I LOVE YOU STUPID  (ILYS) oleh Melur Jelita. Sememangnya sungguh 'jelita' cerita tu. Aku sendiri terkejut pada diri sendiri (ohhh ayat apa apa aku ni? Hehe). Ingatkan aku akan pengsan sebab tebal betul novel melur ni..ghupa2nye aku tersengih, tersenyum, gelak...pastu menangis sepanjang aku menelaah novel ILYS.
      Sejujurnya aku rasa jiwa yang kosong, seakan2 penuh...penuh dengan ilmu akhirat. Garapan Melur benar2 berjaya membuatkan aku termenung panjang menilai diri sendiri...rasa sangat bertuah kerana dilahirkan dlm bangsa Melayu yang beragama Islam. Terima kasih Allah.
      Melur juga berjaya menggambarkan tahap kemiskinan dgn jayanya...halus dan terperinci...rasa macam aku yg jadi Iris..hehe. setelah selesai membacanya, dapat aku simpulkan di sini...novel I Love You Stupid, sarat dgn ilmu akhirat (alhamdulillah) yang disulamkan dgn kisah per"cintaan" antara Firman dgn Iris.
       Waaaaaa...x pandai nak masukkan gambar!
       

Ohhhh dah boleh upload gambar novel yg best ni. Sapa2 yang rasa nak tersengih, tersenyum, tergelak dan menangis sorang2..silalah baca novel ni.

Sabtu, 19 Januari 2013

As salam semua. Lama betul tak update blog sendiri. Cuti sekolah akhir tahun lepas, memang saya lepak habis sampai timbul rasa boring. Tetapi saya banyak penuhkan +buangkan masa dengan membaca. Baca apa??? Baca novel laaa. Bagi yang kurang atau lagi telus...tidak suka membaca tentulah mereka ini mengatakan ianya satu pekerjaan yang kurang berfaedah..sebab suka baca novel cintan cintun. Betul ke pendapat tu???
Itu terpulanglah pada pandangan masing2. Pada saya...membaca novel sangatlah berfaedah..ada banyak ilmu yang boleh dikutip. Setiap kali selesai menghabiskan novel (baca kulit ke kulit)..saya akan buat rumusan yang positif. Tolonglah jangan anggap novel cinta+kasih sayang sebagai picisan...kerana ilmu berkasih sayang terutama cinta untuk kekasih termasuklah suami atau isteri dapat kita selami dan menilainya dengan bentuk penceritaan. Pembaca dapat merasai dan menjiwai watak dlm novel...boleh menangis teresak2...boleh tergelak sorang2...dan boleh nembuatkan kita tersenyum sepanjang hari (sebenarnya..sayalah tu). Novel yang membuatkan saya termenung dan menilai keikhlasan diri sendiri ialah novel Perempuan Lindungan Kaabah. Esok saya ceritakan kesan novel ini kepada diri saya.