Sabtu, 19 Januari 2013

As salam semua. Lama betul tak update blog sendiri. Cuti sekolah akhir tahun lepas, memang saya lepak habis sampai timbul rasa boring. Tetapi saya banyak penuhkan +buangkan masa dengan membaca. Baca apa??? Baca novel laaa. Bagi yang kurang atau lagi telus...tidak suka membaca tentulah mereka ini mengatakan ianya satu pekerjaan yang kurang berfaedah..sebab suka baca novel cintan cintun. Betul ke pendapat tu???
Itu terpulanglah pada pandangan masing2. Pada saya...membaca novel sangatlah berfaedah..ada banyak ilmu yang boleh dikutip. Setiap kali selesai menghabiskan novel (baca kulit ke kulit)..saya akan buat rumusan yang positif. Tolonglah jangan anggap novel cinta+kasih sayang sebagai picisan...kerana ilmu berkasih sayang terutama cinta untuk kekasih termasuklah suami atau isteri dapat kita selami dan menilainya dengan bentuk penceritaan. Pembaca dapat merasai dan menjiwai watak dlm novel...boleh menangis teresak2...boleh tergelak sorang2...dan boleh nembuatkan kita tersenyum sepanjang hari (sebenarnya..sayalah tu). Novel yang membuatkan saya termenung dan menilai keikhlasan diri sendiri ialah novel Perempuan Lindungan Kaabah. Esok saya ceritakan kesan novel ini kepada diri saya.