Rabu, 29 Januari 2014

Pulau Nami Yang Indah

20 Disember 2013
      Selepas solat Subuh, kami terus bersiap2 nak ke Pulau Nami. Disebabkan pengalaman lepas yang menjerut perut,  kami belajar sesuatu.... sediakan "bekalan" if nak melancong ke negara yg bukan Islam. So..pepagi lagi kami rebus nasi segera..pastu bawa air masak dlm botol.
      Oleh kerana time tu winter, so kami pakai 3 hingga ke 4 lapis baju...(huhuhu sudah jadi gemuksss). If x silap, time tu suhu -4C. Bukak je pintu rmh, terus sejuk hingga ke kulit...rasa mcm pakai baju selapis je.

         Nasi tomato, nasi goreng cendawan dan nasi goreng kampung duk berjoget2 dlm periuk
          Ju dan zoura..posing dpn ines guesthouse
Niiii...saya dan zoura (zoura wajib ada coz kami jadi pemandu pelancong utk dia kali ni hehe)

 Cisss budak dua orng ni je yg dpt bergambar dpn ferry..saya???x sempattt feri dah nak gerak waaa
        Mujur dpt bergambar dlm feri hehehe..tepi, pun tepi lahhhh
 Alhamdulillah, at last dpt juga merasa winter yg real
                   Tolonggggg anak sapa niiiii
 Tak la rasa segan sangat bergambar mcm ni coz ramai yg buat aksi luar jangkaan kat sini..bukan kami aje tauS
 Seiring dan sejalan, seindah salji di tamannn la la
                             Lihatlah doniaaaaa
                           Soooo   sweetsssssss
                           Jejak bertapak-tapak
         Tupai pun saya snap (habis kerja dah ni)
          Ni pulak bukan jejak, tapi tapak tangan
                                 bertapak-tapak
              Kenangan yg sangat melucukan..                   jaga2 k ju, k zoura, licin niii..but at last.?? Hahaha
               Ada gaya mcm winter sonata tak?
      (Confirm ada yg jawab "tak ada punnnn")

KOREAAA...KAMI DATANG LAGIIII

Hehehe...adakah saya dan 1 lagi member ketagih kpd Korea??? Jawapannya YA. Ini kali ke dua saya dan kawan saya yg bernama Juliana ke sana, but kali ni bwk sorang lagi member (Aszoura) ke sana. Kali ni nak rasa musim sejuk hehehe. Memang best sangat, full of sweets memories. Walaupun berjalan dlm suhu yg sangat sejuk sampai menggigil2, namun tidak sama sekali merosakkan mood kami.Jom tengok gambar2 niiii.
                           Tadaaaa..this is Busan
                              Naik KTX ke Seoul
Bergambar dgn sorang ahjumma yg pakai hanbok
                  Hahaha org jakun tengok snow
Kami menginap di Ines, Itaewon...huhuhu sakit segala sendi. ..naik bukittttt. Esok, kami akan ke Pulau Nami.
     

Jumaat, 24 Mei 2013

novel laagiii

Hemmm..as salam sebagai pembuka bicara. Lama dah conteng2 blog sendiri. Baru2 ni al kisahnya, membetaada beri pinjam buku citer a.k.a nove...tajuknya I LOVE YOU STUPID  (ILYS) oleh Melur Jelita. Sememangnya sungguh 'jelita' cerita tu. Aku sendiri terkejut pada diri sendiri (ohhh ayat apa apa aku ni? Hehe). Ingatkan aku akan pengsan sebab tebal betul novel melur ni..ghupa2nye aku tersengih, tersenyum, gelak...pastu menangis sepanjang aku menelaah novel ILYS.
      Sejujurnya aku rasa jiwa yang kosong, seakan2 penuh...penuh dengan ilmu akhirat. Garapan Melur benar2 berjaya membuatkan aku termenung panjang menilai diri sendiri...rasa sangat bertuah kerana dilahirkan dlm bangsa Melayu yang beragama Islam. Terima kasih Allah.
      Melur juga berjaya menggambarkan tahap kemiskinan dgn jayanya...halus dan terperinci...rasa macam aku yg jadi Iris..hehe. setelah selesai membacanya, dapat aku simpulkan di sini...novel I Love You Stupid, sarat dgn ilmu akhirat (alhamdulillah) yang disulamkan dgn kisah per"cintaan" antara Firman dgn Iris.
       Waaaaaa...x pandai nak masukkan gambar!
       

Ohhhh dah boleh upload gambar novel yg best ni. Sapa2 yang rasa nak tersengih, tersenyum, tergelak dan menangis sorang2..silalah baca novel ni.

Sabtu, 19 Januari 2013

As salam semua. Lama betul tak update blog sendiri. Cuti sekolah akhir tahun lepas, memang saya lepak habis sampai timbul rasa boring. Tetapi saya banyak penuhkan +buangkan masa dengan membaca. Baca apa??? Baca novel laaa. Bagi yang kurang atau lagi telus...tidak suka membaca tentulah mereka ini mengatakan ianya satu pekerjaan yang kurang berfaedah..sebab suka baca novel cintan cintun. Betul ke pendapat tu???
Itu terpulanglah pada pandangan masing2. Pada saya...membaca novel sangatlah berfaedah..ada banyak ilmu yang boleh dikutip. Setiap kali selesai menghabiskan novel (baca kulit ke kulit)..saya akan buat rumusan yang positif. Tolonglah jangan anggap novel cinta+kasih sayang sebagai picisan...kerana ilmu berkasih sayang terutama cinta untuk kekasih termasuklah suami atau isteri dapat kita selami dan menilainya dengan bentuk penceritaan. Pembaca dapat merasai dan menjiwai watak dlm novel...boleh menangis teresak2...boleh tergelak sorang2...dan boleh nembuatkan kita tersenyum sepanjang hari (sebenarnya..sayalah tu). Novel yang membuatkan saya termenung dan menilai keikhlasan diri sendiri ialah novel Perempuan Lindungan Kaabah. Esok saya ceritakan kesan novel ini kepada diri saya.

Ahad, 15 Julai 2012

Pada hari kedua (3 Jun 2012), kami bertiga menapak menuju ke stesen keretapi. Untuk menggunakan  subway (keretapi bawah tanah), kami perlu membeli tiket yang dipanggil T-Money. Ingatkan mudah nak beli T-Money ni...rupanya disebabkan oleh pertembungan bahasa ayam dengan itik..maka terjadilah babak yang melucukan. Apa tidaknya, member saya ni, Juliana speaking ngan ahjussi tokey kedai tu yang kami nak beli T-Money. Ok..yang tu ahjussi tu faham dan kami pun faham jugak. Yang musykilnya, kami bayar 10 ribu won, tapi ahjussi tu pulangkan baki. So kami bagitau la yang kami nak beli tiket tu ngan harga 10 ribu won..kiranya tak payah la pulangkan baki. Tapi ahjussi tu pulangkan jugak pastu cakap bahasa korea ngan kami sambil mintak lagi 10 ribu won...huhuhuhu...punyalah mahal harga T-Money tu. Dalam dok tercengang2 tu...adalah sorang pemuda yang baik hati menerangkan apa yang ahjussi tu cakap. OOooooo rupa2nya..mula2 kena bayar harga kad T-Money tu, pastu barulah top up sebanyak 10 ribu won..hahahaha. Patutlah ahjussi tu pulangkan baki dan mintak lagi 10 ribu won. Aduh...kami bantai gelak kat dalam kedai tu. Mujur la ada pakwe tu. Patutlah budak lelaki tu terer, sebabnya dia tinggal selama 1 bulan di korea dan bercadang melawat seberapa banyak tempat di korea.

Bila dah dapat T-Money tu, kami simpan dulu sebab nak berjalan kaki ke Ewha Womens University. Kat area tu ada banyak kedai yang jual macam2. yang paling banyak ialah stoking..ada macam2 kaler. Rasa macam pelik la pulak, sebab kalau kat Malaysia, banyak jual mainan kat gerai2 tepi jalan.  Saya cuma beli selipar..itupun sebab kaki dah mula sakit, tapi bagi saya harga selipar kat korea mahallah. If kat tempat kita boleh dapat RM5, tapi kat sana saya bayar hampir RM10. Apakan daya saya..demi kaki yang nak menapak banyak tempat lagi, terpaksalah saya beli jugak. Nak tunjuk gambar selipar dalam blog ni pun rasa segan aje...huduh..kaler coklat pekat.

Gambar di atas ni ialah buah yang tidak kami ketahui namanya. Rasanya amacam isi buah markisar @ buah susu. Ahjussi yang jual buah ni, mulanya ok..pastu disebabkan  bahasa ayam lawan ngan bahasa itik, maka dia marah kami. Sebenarnya kami tanya macam mana nak makan buah ni...boleh dimakan terus atau kena belah dan makan isinya. Tapi dia ingatkan yang kami nak rasa dan suruh dia belahkan untuk kami. Apa lagiiii marahlah ahjussi tu, kami pun tak tunggu lama..terus chowww. Sepanjang jalan kami asyik gelak aje..geli hati sangat. Buah ni akhirnya dapat juga kami makan, tapi kami beli di tempat lain...murah daripada ahjussi ni.

Sabtu, 14 Julai 2012

Inilah Guest House pertama kami di Seoul. Punyalah susah nak 'story'kan alamat rumah tumpangan yang kami dah tempah kepada ahjussi teksi, udah le sejuk mlm tu..menggeletar jugaklah rasanya. Lepas lebih kurang 30 minit, adalah seorang 'oppa' yang berjoging kat area bus stop tu tolong tahankan teksi dan tunjukkan alamat guest house yang kami nak tuju tu. Kamhasamida la kat oppa tu
:-). Tuan punya guest house..lupa lak nama dia...peramah sangat. Belum sempat kami letak barang dalam bilik, dia ajak kami bertiga ke luar rumah dan tunjukkan simpang nak ke bandar dan stesen keretapi. Kami yang kepenatan ni, main angguk ajelah, tunjuk simpang malam hari..hemmm otak dah tak boleh nak proses, kami pun just listen ajelah. Apa2 hal..esok ajelah terjah.


Lepas, sarapan (huhu..mujur bawak roti ngan milo dari Malaysia) saya pun terus buat aktiviti wajib..hehehe apalagi..bergambar laaa. Suhu time ni dah mula nak panas, tapi tak sepanas Malaysia yang kucintai. So sebelum meneruskan aktiviti menghauskan tapak kasut (ronda2), jom bergambar dulu.

Esok saya sambung lagi




Semua gambar bunga tu saya ambil di Pulau Jeju...cantik pemandangan di Pulau Jeju. Di tepi2 jalan kelihatan banyak bunga yang entah apa namanya berkembang mekar...cantikkkkkk sangat. Yang warna merah tu saya ambil gambar di kawasan perkampungan..bukan main subur lagi pokok bunga tu.