Jumaat, 18 Mei 2012

Selamat Hari Guru

Pada 16 Mei 2012 (Rabu)..setiap murid yang terserempak dengan saya akan mengucapkan "Selamat Hari Guru" cikgu....senyum saya sampai ke telinga. Begitulah anak2 murid saya...kena marah pada hari semalam pun, langsung tidak berbekas di hati mereka. Mungkin kerana saya selalu mengingatkan mereka bahawa setiap kesalahan yang dilakukan haruslah ditegur dan dibetulkan, dan sesungguhnya marah saya adalah marah sayang. Terima kasih murid2ku kerana masih lagi menghormati saya sebagai guru kamu.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang pernah mengajar saya (dari tadika hinggalah ke menara gading). Tanpa kalian, siapalah saya. Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepada saya.