Sabtu, 14 Julai 2012

Inilah Guest House pertama kami di Seoul. Punyalah susah nak 'story'kan alamat rumah tumpangan yang kami dah tempah kepada ahjussi teksi, udah le sejuk mlm tu..menggeletar jugaklah rasanya. Lepas lebih kurang 30 minit, adalah seorang 'oppa' yang berjoging kat area bus stop tu tolong tahankan teksi dan tunjukkan alamat guest house yang kami nak tuju tu. Kamhasamida la kat oppa tu
:-). Tuan punya guest house..lupa lak nama dia...peramah sangat. Belum sempat kami letak barang dalam bilik, dia ajak kami bertiga ke luar rumah dan tunjukkan simpang nak ke bandar dan stesen keretapi. Kami yang kepenatan ni, main angguk ajelah, tunjuk simpang malam hari..hemmm otak dah tak boleh nak proses, kami pun just listen ajelah. Apa2 hal..esok ajelah terjah.


Lepas, sarapan (huhu..mujur bawak roti ngan milo dari Malaysia) saya pun terus buat aktiviti wajib..hehehe apalagi..bergambar laaa. Suhu time ni dah mula nak panas, tapi tak sepanas Malaysia yang kucintai. So sebelum meneruskan aktiviti menghauskan tapak kasut (ronda2), jom bergambar dulu.

Esok saya sambung lagi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan